Buku yang bertajuk KOSONG by Coach Bahar

TAWARAN PALING HEBAT. TAWARAN KASIH SAYANG.

Buku bertajuk KOSONG
Saya menulis dari hati. Saya ambil risiko memilih tajuk ini. Tetapi buku ini sangat bermakna. Nukilan saya selama lebih 6 tahun. Terkandung lebih 250 muka surat.
Kosong
Bermakna saya bermula dari kosong. Saya tinggalkan kerjaya sebagai penjawat awam san bermula kosong. Tanpa ilmu pertanian.
Kosong
Saya mulakan dari tanah hutan yang gersang. Membawa hanya cita-cita dan secebis harapan. Membangunkan seorang diri tanpa perhatian sesiapa.
Kosong
Saya menulis buku ini untuk membangkitkan semangat bahawa “kita boleh”. Dari kosong jadi satu, dua dan seterusnya. Dari langkah pertama menerusi cabaran dan halangan. Semuanya saya kongsikan.
Dari kosong
Sebenarnya buku ini ada formulanya. Menjadi seorang yang berpencen dengan tenang. Menjadikan aset berkerja untuk kita, bukan lagi kita berkerja untuk mengejar aset. Tanah - tanah ini adalah maruah. Maruah perlu kita jaga. Pertanian adalah kekayaan yang ditinggalkan. Seharusnya kita ambil semula. Untuk bangsa ini dan anak cucu kita.
Saya telah hantar buku ini dicetak untuk permulaan. Saya letak harganya RM49. Cetakannya sedikit mahal kerana tebal dan berkualiti kertasnya. Saya akan tandatangan buat semua pembeli 200 buku saya yang pertama ini.
Berikan sokongan kepada saya. Saya mahu menulis lagi untuk lebih berkongsi lebih ramai orang.
Tawaran
Beli satu buku saya RM49 tapi belilah 10 saya beri hanya RM450 sahaja. Boleh diberi sebagai hadiah. Saya akan hantar buku tuan puan dalam masa seminggu.