Kursus ASAS Fertigasi 26 Okt 2024 (Sabtu)

Kursus ASAS Fertigasi 26 Okt 2024 (Sabtu)

TAWARAN PALING HEBAT. TAWARAN KASIH SAYANG.


Saya bukanlah master sifu dalam bidang pertanian ni. Tapi adalah sikit pengalaman. Ramai sangat PM kata nak belajar tanam cili dan rockmelon.

Dulu saya macam korang juga. Buang masa dengan kegagalan sebab belajar dari youtube dan google je. Tapi saya ada beberapa orang sahabat saya kat kampung yang kerjanya full time tanam cili. Boleh beli kereta, besarkan anak, beli rumah. Tak lah kaya tapi setakat hantar mak ayah gi umrah tu lepas lah. Jadi saya termotivasi dengan mereka. 

.

Lama dulu, saya pernah ditegur oleh kenalan tentang mengapa saya mengajar perkara yang kecil dan remeh temeh pada bakal usahawan. Kenalan itu adalah pegawai kerajaan berjawatan ketika itu. Masih terngiang suaranya memperlekehkan " Macam mana nak maju, ajar orang melayu bisnes tepi jalan, tanam serai. Macam mana melayu nak maju dan berjaya. Ajarlah bisnes korperat. Ceritalah besar-besar sikit. Barulah melayu berjaya salam bisnes". 


Ketika itu saya cuma tersenyum. Hati saya membara dan geram. Tapi saya tahan dari marah. Saya bangun dan minta beredar. Saya lawan pun tak menang.  Saya faham, saya ajarkan mereka perkara yang kecil-kecil. Saya tahu, mereka tak boleh kaut untung yang besar. Tapi usaha ini adalah usaha akar umbi. Usaha ini usaha menyuap nasi bagi mereka. Mereka dahagakan ilmu. Jika kecil pun tak boleh buat bagaimana nak cerita yang besar-besar. 


Saya bertahan untuk terus berkongsi. Saya terinpirasi dengan mereka yang mahu rajin berusaha. Biarlah saya cerita dan kongsi untuk orang kampung yang kecil-kecil. Biarlah saya buat biar sampai berpeluh.  Saya tak dudukan mereka dalam bilik dan kelas yang mewah berekon. Saya tak ajar mereka besar-besar. Saya tengok sendiri, ada yang dibuai mimpi indah untuk berbisnes. Pergi kursus berhari-hari. Tengok slide beratus pages. Tapi akhirnya gagal. 




Ada satu cerita. Pernah seorang anak muda yang saya jumpa. Minta pinjaman dari keluarga 200 ribu. Modal nak buat kandang kambing. Semangat itu berkobar-kobar baru balik kursus dijabatan kerajaan. Kononnya akan dapat bantuan itu dan ini. Dah siap kandang kambing besar-besar. Kambingnya dua ekor je. Tunggu yang dijanjikan tak sampai-sampai. Akhirnya lepas 3 bulan kerja balik sebab tak tahan. 


Sebelum PKP saya buat banyak kursus Fertigasi. Cuma sekadar berkongsi cerita. Peserta paling jauh dari terengganu, kelantan dan perlis. Saya terharu dan doakan mereka boleh berjaya. Saya ceritakan yang kecil-kecil macam mana tanam cili tapi boleh hantar mak ayah pergi umrah dan beli kereta untuk anak dan isteri.


Saya lupakan kutukan mereka. Biarlah mereka cerita yang besar-besar. Biarlah mereka bercita-cita besar. Biarlah saya membantu serba sedikit masyarakat akar umbi ini yang mencari-cari solusi untuk menjamah kejayaan pada satu hari nanti.

.


Korang cuma bayar RM100 sahaja. 

Ya RM100 sahaja.


26 Okt 2024 (Sabtu)

D'impian Agro Farm Muar

9.30 pagi - 4.30 petang


Satu lagi saya nak beri bonus.  Bila anda mendaftar sekarang anda layak mendapat  sebuah ebook saya 


1. Jana 5K sebulan dengan tanam sayur secara part time.  


Daftar sekarang.  



Jika anda tak sempat hadir ke kelas online tak mengapa. Anda boleh memilih pakej #terbaik memiliki semua video pembelajaran fertigasi tersebut SEKARANG.



HARGA SEBENAR VIDEO INI ADALAH  RM379 HARGANYA HARI INI HANYALAH RM100 Subsribe Channel Coach Bahar dapat semua video dan ebook coach bahar sekarang





Apa tunggu lagi, tekan link dibawah






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kursus Asas Fertigasi 2024 -26 Okt 2024 (Sabtu)
Subscribe Channel Coach Bahar
Kelas Fertigasi Online 27 Okt 2024 (Ahad)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel coachbaharuddin@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaAFNANSYAMILLA ENTERPRISE
No. Akaun8604465697
Buka CIMB Clicks  

Tanya Coach Baha...