
PROJEK AMAL AYAM
DIMPIAN AGRO FARM, MUAR.
Saya bela ayam sendiri. Saya bela ayam kacuk kampung. Tak lah banyak 5000 satu pusingan.
Saya fikir dan selalu cari jalan macam mana nak beli orang jual ayam saya dengan harga lebih murah. Masalahnya harga input sekarang sangat mahal. Anak ayam mahal, dedak mahal. Belum kira lagi upah pekerja dan lain-lain.
Harga ayam kacuk kampung sekarang dipasaran hampir RM25-RM30 sekor. Berat antara 1.3kg - 1.5kg.
Macam mana saya boleh jual harga 3 ekor RM50. Kalau harga macam ni mampulah orang beli dan makan dengan makanan yang berkualiti.
Kita buat projek 2000 ekor dulu nak?
Macam ni.
Anda beli 1 lot #projekayam dengan harga RM250. Tiap bulan selama 12 bulan anda dapat sekor ayam. Anda boleh ambil ayam tu kat kedai kami. Tapi projek ini adalah projek amal. Kalau korang niat sedekah maka kami boleh buat projek ni selama setahun dengan harga ayam lebih murah.
Misalnya harga ayam RM25. Maka jika dapat dibahagikan kepada 5 ekor. Maka setiap ekor lebih kurang kita dapat murahkan ayam RM5 sekor. Saya belanja lagi, biar kita dapat jual 3 ekor RM50 je.
Kalau kita dapat 400 lot, maka kita dapat beri harga ayam lebih murah sebanyak 2000 ekor. Banyak juga tu. Kita bantu mereka yang tidak berkemampuan.
Anda boleh beli maksimum 10 lot sahaja. Saya cuma nak mencari 400 lot sahaja. Supaya setiap bulan saya mampu menjual harga ayam kampung kacuk dengan harga #MampuRakyat. Saya tak ambil untung dari sedekah tuan puan. Saya hanya menguruskan sahaja.
Projek ni bermula Sept 2022-Sept 2023. Sedekah anda RM250 tapi dapat ayam bernilai RM300. Mudah-mudahan bila kita fikir bantu orang, Allah bantu kita permusahkan urusan kita semua.
Siapa faham perjuangan saya boleh like dan share. Tak berminat tak mengapa. Saya buat sampai jadi.. insyaallah.