
Projek Tanam Kangkung : Gerai Makan Percuma
Saya tanam kangkung guna baja organik. Saya tanam kangkung nak beri percuma je kat orang kampung. Saya jadikan projek ‘ business social enterprise ‘ untuk pelajar prektikal dari kolej dan university yang berkhidmat dan berkerja di ladang kami.
Satu projek yang saya buat bulan ni adalah ‘ projek makan percuma ‘. Insyaallah ada jalannya. Kita sediakan makan percuma pada orang kampung dan staf dimpian. Kita mula sikit-sikit lama-lama boleh buat banyak-banyak.
Kita masak ayam yang kami bela sendiri. Kita tanam sayur sendiri. Lepas tu kita masak sendiri. Lepas tu kita hidang dan beri makan. Mudah-mudahan berjaya. Doakan ya.